Salam Mahligai Impian Buat Semua,
Runsing memikirkan Majlis Perkahwinan anda??
Nak Kahwin, Ingat Senang Ke?? Banyak Yang Perlu Kita Uruskan!! Dijamin Lebih 80% Pening Ketika Menguruskan Majlis Perkahwinan Mereka!!
Masalah Utama Adalah Kos & Masa
Kos dan masa untuk sesebuah majlis perkahwinan yang semakin tinggi bukanlah sesuatu yang harus dipandang ringan dan dibuat sambil lewa kerana ianya juga memberi impak kepada semua pihak yang terlibat.
Apa tidaknya, sudah pastinya ibu bapa anda akan turut memberi sumbangan tidak kira dalam bentuk wang ringgit, masa dan tenaga mereka demi kebahagiaan anak mereka. Begitu juga dengan adik beradik dan teman rapat anda yang sanggup mengorbankan waktu santai dan cuti mereka untuk membantu anda merealisasikan majlis perkahwinan anda.
Bijak Merancang Adalah Penyelesaiannya,
Tidak di nafikan merancang sebuah majlis perkahwinan yang meriah adalah sesuatu yang mencabar jika tiada kerjasama dan perancangan yang teliti. Ianya lebih mencabar jika ianya merupakan majlis perkahwinan pertama yang bakal diadakan dalam keluarga anda.
Dahlah anda baru pertama kali melaluinya, mak ayah pun agak keliru memandangkan pengalaman mereka berkahwin dahulu tidak sama dengan trend dan citarasa masa kini.
Dari itu perancangan yang teliti haruslah dibuat dari awal agar mereka yang terlibat berpuas hati dengan usaha dan tindakan bijak yang di ambil. Bersambung…
Perancangan Anda Bermula di Sini http://www.mahligaiimpiann9.com/
No comments:
Post a Comment