Salam Mahligai Impian,
Perkahwinan adalah perkara yang dituntut. Dalam satu hadith Rasulullah, “Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).
Komunikasi Hebat & Efektif adalah penting untuk menguasai situasi dan menangani konflik serta jurang yang wujud antara dua pihak. Dalam perkahwinan orang muda selalu mencari hiburan. Jika kita lihat pada hari ini rumah tangga dibina bermula dengan persembahan kugiran kadangkala bagaikan mini konsert atau pertandingan karaoke padahal perkahwinan itu ibadah. Untuk merealisasikan lagi ibadah ini, ia pastilah mengikuti sunnah Rasulullah jika tidak ia lebih hampir kepada bidaah.
Masalah ramai yang sukar untuk berkahwin muda adalah mencari modal untuk sesebuah pernikahan. Jika suatu masa dahulu bernikah adalah mudah, hanya perlukan mahar dan sedikit hantaran untuk kenduri catering kahwin. Walaupun ada yang mahal tetapi itu untuk kelas atasan atau sembolik penolakan keluarga perrempuan.
Kini timbul budaya baru dengan mengambil pinjaman daripada pihak bank yang banyak menawarkan pinjaman peribadi. Inilah yang perlu diubah dalam minda masyarakat dan sekiranya ia tidak berubah maka sampai bila pun pasangan pengantin muda akan menghadapi masalah dalam awal usia perkahwinan mereka. Tekanan dan desakan hidup yang tinggi akan menyebabkan mereka tertekan dengan hutang perkahwinan contohnya pihak Mahligai Impian dan sebagainya.
Sekiranya masyarakat memahami dan memberi sokongan maka mudahkanlah urusan pernikahan. Tidak ada kerugian sekiranya kita memudahkan dan meringkaskan majlis perkahwinan kerana kenangan yang manis itu akan jadi pahit jika kesudahannya menyesakkan. Kenduri dan persiapannya yang menjadi kebangaan kita sebagai masyarakat sepakat suatu masa dahulu perlu di kembalikan dalam majlis perkahwinan.
Benar banyak syarikat Mahligai Impian menawarkan perkhidmatan mereka pada harga yang rendah tetapi kesepakatan dijanjikan oleh kenduri gotong royong adalah lebih menguntungkan. Masyarakat yang bergotong royong ini memberi sokongan moral secara luar sedar pada pasangan yang disatukan. Ini keberkatan yang semakin hilang. Secara telusnya, Mahligai Impian merasakan perkahwinan adalah satu ibadah jika dilaksanakan mengikut syariat Islam, Amin.
No comments:
Post a Comment