Salam Mahligai Impian Untuk Bakal Pengantin,
Sememangnya perbelanjaan untuk mengadakan majlis perkahwinan semakin lama semakin meningkat.
Ramai orang bujang yang mengeluh apabila melihat semua perbelanjaan yang diperlukan untuk berkahwin. Daripada mas kahwin, Mahligai Impian, sehinggalah ke wang hantaran yang tinggi, di campur pula dengan perbelanjaan kenduri besar termasuk Mahligai Impian sehingga kepada bayaran tempahan kad kahwin yang lebih kecil, kira punya kira, kebiasaannya boleh mencecah RM15,000 hingga RM20,000.
Siapa yang tidak mengeluh, hendak menyimpan RM1,500 pun masih belum tentu. Itu belum kira wang yang diperlukan ketika berumahtangga yang pastinya meningkat
Jika sebelum ini hanya perlu mengisi perut seorang, apabila sudah berkahwin perlu mengisi sekurang-kurangnya dua perut pula. Tulisan saya kali ini mengandungi 3 konsep kewangan yang amat penting yang saya akan kongsi dalam bentuk nasihat untuk mengumpulkan duit kahwin khas untuk si bujang. Ramai yang mula bekerja pada usia awal 20-an selepas menamatkan pengajian. Ramai juga yang mensasarkan untuk mendirikan rumah tangga sebelum mencecah umur 30 tahun.
Ertinya, ada kira-kira tujuh hingga lapan tahun bekerja dan mengumpul wang untuk mencapai sasaran terbabit. Katakan si bujang mempunyai tujuh tahun untuk mengumpul RM 15,000. Dalam tempoh tujuh tahun ada 84 bulan. Ini bererti, untuk mencapai sasaran untuk ke pelamin, perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM178.60 setiap bulan selama tujuh tahun. Barulah selesai masalah pertama iaitu lesen pertama untuk berjumpa mentua untuk masuk meminang. Kita lihat pula apa yang boleh dilakukan oleh si bujang dalam jangka masa tujuh tahun terbabit. Bersambung…….
No comments:
Post a Comment