Sunday, 26 March 2017

Tip 4 * Panduan Perkahwinan – Bajet Lari? Camana Nak Kahwin Ni…

Tolong! Catering Kahwin, Bajet Lari!,
Bulan Syawal, Hari Raya datang setahun sekali saja dan sering kali waktu inilah pelbagai perbelanjaan tidak diduga perlu dikeluarkan ataupun sudah dikeluarkan.
Mungkin tewas dengan segala jualan murah, pakaian dan perkakasan rumah ataupun perbelanjaan lebih untuk makanan dan minuman ketika berbuka puasa di luar. Tidak lupa juga kos ekstra yang perlu untuk balik kampung dan memberi duit raya kepada anak buah.
Mungkin selepas raya, terasa sakit sedikit akibat bajet lari. Simpanan untuk Mahligai Impian terpaksa digunakan. Jadi apa perlu dilakukan? 2 perkara yang anda boleh lakukan untuk memperkemaskan kembali bajet, terutamanya bajet untuk katering kawin anda selepas musim perayaan.
mahligai impian
1. Mulakan satu kalendar perbelanjaan dan baki  perbelanjaan anda
Apa yang dimaksudkan bukan kalendar poket kecil atau kalendar di telefon pintar dan telefon bimbit anda, tetapi kalendar besar sedikit untuk membolehkan anda menulis dan mencatatkan segala perbelanjaan.
Di internet juga anda boleh muat turun kalendar sebegini yang mempunyai ruang mencukupi untuk catatan perbelanjaan anda setiap hari.
Ia amat penting untuk anda mula menjejak perbelanjaan harian serta menulis lebih awal perbelanjaan harian seperti yang anda keluarkan seperti bayaran bil, rumah, kereta, simpanan tetap, simpanan Catering Kahwin dan seumpamanya untuk bulan akan datang. Apabila menulis setiap transaksi yang akan datang pada kalendar, anda akan nampak dengan lebih jelas bagaimana anda boleh mengawal kewangan anda untuk menampung perbelanjaan yang sudah lari bajet pada musim perayaan.
2.  Mula Kurangkan Perbelanjaan Harian
Ubah rutin anda sekiranya rutin anda memerlukan perbelanjaan yang boleh dielakkan. Daripada keluar menonton wayang bersama tersayang yang memakan kos pengangkutan, makan minum serta bayaran panggung, luangkan masa di rumah sahaja di mana anda boleh menjimatkan berpuluh hingga beratus ringgit sekali keluar.
Sekiranya anda mempunyai keahlian kelab, gimnasium atau apa saja yang boleh dihentikan, maka hentikan buat sementara. Lagipun, sekiranya hendak bersenam, di rumah pun boleh bukan? Kesan perbelanjaan rutin anda yang boleh dikurangkan dan kurangkan untuk sementara waktu sehingga kedudukan kewangan kembali stabil.
mahligai impian
Mudah-Mudahan dengan 2 tip Mahligai Impian mudah ini dapat menstabilkan bajet anda kembali untuk bulan yang akan datang kepada mereka yang memerlukan. Nasihat akhir Mahligai Impian Jangan Seperti ‘Pisang Berbuah Dua Kali’. Terima Kasih.
Sila ke Link ini :  www.facebook.com/MahligaiImpianN9

No comments:

Post a Comment