Sunday, 26 March 2017

Terbaru Dari Mahligai Impian.Com Di YouTube


MAHLIGAI IMPIAN

” Terbaru Dari Mahligai Impian – 70+ Video & Gambar Majlis Perkahwinan “

:: Klik Di Sini ::

Tip 11 * Panduan Perkahwinan Anda – ” Bagaimana Mengendalikan Kenduri Perkahwinan Tanpa Memeningkan!! “


mahligai impian

BAGAIMANA MENGENDALIKAN KENDURI PERKAHWINAN TANPA MEMENINGKAN!! 

Di dalam era yang serba moden ini, mudah untuk kita terlupa tentang perkara-perkara penting dalam hidup kita. Dengan tuntutan harian yang memenatkan, tidak mustahil jika kita sendiri tiada masa untuk merancang hari perkahwinan diri sendiri.
Walau bagaimanapun, kami mendapati ramai pasangan bakal pengantin yang kurang tahu di mana untuk mencari katerer yang berpengalaman dalam bidang pengurusan majlis perkahwinan, di samping menawarkan harga yang berpatutan. Jadi setelah membuat tinjauan keatas pelanggan-pelanggan kami sendiri, kami dapati mereka telah memilih MAHLIGAI IMPIAN kerana mereka :
1.   Selesa bergantung kepada satu pihak yang boleh memenuhi kesemua keperluan untuk majlis perkahwinan mereka, dari awal hingga akhir majlis.
2.   Menghargai pramusaji-pramusaji terlatih kami yang profesional sepanjang majlis berlangsung yang memberikan gambaran imej positif terhadap tuan rumah.
3.   Terutamanya tuan rumah amat berpuas hati dengan kualiti dan rasa makanan kami yang disediakan dengan resepi-resepi tradisional mahupun moden.
4.   Berpendapat bahawa pakej-pakej perkahwinan kami amat berpatutan sesuai dengan perkhidmatan yang disediakan.
5.   Berasa yakin berurusan dengan caterer yang berpengalaman beberapa tahun dalam menguruskan majlis perkahwinan.
Kami di MAHLIGAI IMPIAN faham segala kesulitan anda dalam mencari pihak yang boleh dipercayai untuk menguruskan hari istimewa anda, Oleh itu, ramai bakal pengantin yang datang kepada kami untuk mengendalikan hari perkahwinan mereka dengan mudah.
Kami menawarkan peluang kepada anda untuk menikmati pakej-pakej kami yang menarik, disamping dapat menikmati hadiah dan promosi yang kami tawarkan dengan harga serendah RM8.80 seorang sahaja. Info lanjut di http://www.mahligaiimpiann9.com/

Tip 10 * Panduan Perkahwinan – Kenapa Penting Komunikasi Dalam Perkahwinan

Perkahwinan adalah manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumahtangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa. Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran. Dalam usaha memberi kefahaman itu kepada pasangan suami isteri seharusnya sikap kerjasama dan tolak ansur adalah penting dalam melayari hubungan rumah tangga. Komunikasi Hebat & Efektif adalah penting untuk menguasai situasi dan menangani konflik serta jurang yang wujud antara dua pihak.
Selain aspek kasih sayang, tanggungjawab, kewangan dan hubungan seksual juga mempengaruhi kebahagiaan hidup rumah tangga. “Setiap perhubungan mesti ada kerjasama, baru hidup berkekalan. ”Malah sikap terbuka dalam hubungan termasuk seks amat penting untuk mengekalkan hubungan.”
Demikian menurut Perunding Psikologi dan Klinikal dan ahli fakulti Northwestern University Feinberg School of Medicine, Amerika Syarikat, Dr. Huang Wei Jen semasa memberi ceramah mengenai keintiman dan kebahagiaan pasangan dalam melayari rumahtangga. Katanya, masalah intim dapat dilihat menerusi pelbagai aspek. Ia mungkin di sebabkan oleh masalah psikologi, rohaniah dan kebatinan serta tindak balas fizikal yang membuatkan kita memerlukan hubungan intim dalam perhubungan. Jelasnya, intim di sini bukan bermaksud melakukan hubungan seksual, tetapi cara berinteraksi dan tindak balas dalam sesebuah perhubungan.
mahligai impian
”Yang paling utama kita sebagai pasangan perlulah berkongsi hidup sama ada dari segi intelektual, sosial, emosional, kerohanian dan kebatinan serta fizikal. Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memainkan peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak. “Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan,” katanya.
Menurut Wei Jen, seks merupakan salah satu kehendak manusia yang perlu bagi tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah. ”Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan semata-mata tetapi suami harus memberi keutamaan dalam perkara yang lain dalam meneruskan bahtera tersebut.
Bercerita tentang tanggungjawab, suami sebenarnya mempunyai kuasa yang cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga. Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumahtangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumahtangga.
Katanya yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang psikologi klinikal, dalam melayari sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan supaya sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami dan sentiasa berbincang antara satu sama lain. Lebih menarik, dalam meneruskan hubungan, sikap membelai-belai antara satu sama lain perlu diamalkan dalam hubungan suami isteri. Malah pasangan juga digalakkan untuk berterus terang mengenai semua perkara. ”Sememangnya kita tidak mahu badai besar merempuh rumah tangga kita, oleh itu hanya melalui sikap berterus terang dan bersemuka adalah cara yang paling tepat.
mahligai impian
”Berterus teranglah dengan pasangan kita, malah jadikan pasangan kita sebagai kawan karib kita yang boleh berkongsi suka dan duka yang berlaku pada diri kita.”Apa jua krisis yang dihadapi, harungilah sebagai satu unit dan bukan secara individu,” katanya. Malah akuinya lagi, buatlah keputusan bersama dalam meneruskan bahtera perkahwinan. Tambah Wei Jen, prinsip ini pernah memberi impak yang tinggi dalam rumahtangganya sendiri. Komitmen yang mempersetujui sesuatu keputusan akan memaksa pasangan untuk bercerita secara mendalam dengan pasangan.
Namun jelasnya, ketidakupayaan suami isteri berkomunikasi secara efektif adalah punca menyebabkan timbul pelbagai masalah seperti buruk sangka di antara satu sama lain. ”Oleh itu, kurangkan sikap sering bergaduh, saling tidak mempercayai dan salah sangka antara pasangan,” ujarnya. “Sebenarnya komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yang bermula dari dalam diri individu itu sendiri. “Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan. ”Malah dengan cara ini, ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yang boleh menghancurkan hati.
mahligai impian
”Komunikasi berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia,” tambahnya. Jelasnya, hanya melalui perkongsiaan bersama, ia mampu menyelesaikan permasalahan. ”Cuba amalkan sebelum tidur, bercerita dan berkongsi dengan pasangan mengenai kejadian yang berlaku pada diri anda hari ini. ”Pastinya ada komen dan juga pandangan antara satu sama lain, malah ia juga boleh menghangatkan lagi perhubungan tersebut,” akhiri ceramahnya pada hari itu

Tip 9 * Panduan Perkahwinan Anda – “Kepercayaan Dan Kejujuran Nadi Utama Sesebuah Ikatan”

mahligai impian
Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai, sekali ombak datang istana roboh berderai. Seboleh-bolehnya jadikanlah binaan itu kukuh, sekuat istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan ia tetap utuh dan teguh.
Namun membina kekukuhan dalam perkahwinan memerlukan ramuan yang padat bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial.
Perkahwinan sebenarnya merupakan manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumah tangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.
Ia sebenarnya menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran serta kepercayaan antara pasangan.
Dalam usaha mewujudkan kesefahaman dan rasa percaya, pasangan suami isteri seharusnya mengambil sikap bekerjasama dan tolak ansur ketika melayari hubungan rumah tangga.
Selain kasih sayang, tanggungjawab dan kewangan, rasa percaya dan jujur juga mempengaruhi dalam jalinan hubungan seksual antara suami isteri.
mahligai impian
‘‘Kepercayaan dan kejujuran merupakan nadi utama dalam sesebuah ikatan.
‘‘Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga akhir hayat,’’ kata pegawai Psikologi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Putrajaya, Ezrina Abdul Rahman

Sajak Catering Kahwin Buat Bakal Isteri Ku…


mahligai impianBakal Isteri Ku..
di sebalik kelembutan
mata dan wajahmu
kutatap
harapan yang mekar
impian yang bersinar
Bakal Isteri Ku..
di sebalik kelembutan
tutur dan tingkahmu
kutatang
kuntum malam yang mewangi
kembang pagi yang berseri
Bakal Isteri Ku..
di sebalik kelembutan
sentuhan & belaian
kutemui
mutiara cinta suci
permata kasih abadi
Bakal Isteri Ku..
di sebalik kelembutanmu
kubina kekuatan
untuk membina kebahagiaan
satu ikatan perkahwinan…
mahligai impian

Nukilan Ikhlas Dari : http://www.mahligaiimpiann9.com/

Tip 8 * Panduan Perkahwinan – Kesilapan Kewangan Dalam Perancangan Perkahwinan

Kenapa boleh melakukan kesilapan kewangan dalam perancangan perkahwinan??
mahligai impian
Salam Mahligai Impian,
Hampir semua orang pernah melakukan kesilapan berhubung isu wang. Ketahuilah 5 kesilapan utama yang biasa dilakukan oleh kebanyakan bakal pengantin ketika mendidik diri sendiri dan pasangan tentang kewangan dan cara membetulkannya. Berikut adalah antara kesilapan yang kerap dilakukan bakal-bakal pengantin.
1. Menjadi mesin pengeluar wang versi manusia
Menguruskan segala urusan jual beli keperluan harian membuatkan anda kelihatan seperti menjadi mesin pengeluar wang versi manusia. Sepatutnya, berikan diri sendiri elaun perbelanjaan dan ingatkan untuk membuat pembayaran secara tunai bagi apa-apa barangan yang ingin anda miliki. Sama ada untuk membeli buku dari kedai atau mendapatkan barangan keperluan harian, anda seharusnya bijak membuat pembayaran secara berhemah. Maksudnya ambil langkah-langkah penjimatan.
Tindakan ini boleh mengurangkan anda daripada merungut sekali gus membolehkan anda belajar berjimat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Anda perlu ingat kos perkahwinan melibatkan pembayaran contohnya pihak catering kahwin, pelamin, kad kahwin dan sebagainya.  Menerusi cara ini juga, anda boleh belajar daripada kesilapan perbelanjaan yang kerap dibuat. Dengan membuat pembayaran secara berhemah, anda akan lebih menghargai barangan yang diperoleh atau dibeli.
2. Terlepas pandang pengajaran harian
Jangan lepaskan peluang untuk berbincang dengan bakal pasangan tentang isu-isu berkenaan ekonomi negara yang ringkas dalam persekitaran berbeza setiap hari. Sewaktu membeli-belah, anda boleh menerangkan mengapa tindakan memilih bungkusan produk berkos lebih rendah lebih baik. Terangkan juga mengapa menambah stok barangan dapur ketika musim jualan murah merupakan satu tindakan yang baik. Berikan penjelasan kepada bakal pasangan bahawa dengan menjimatkan RM10 setiap minggu, jumlah yang dijimat dalam tempoh sebulan boleh mencecah RM40 atau sekitar RM480 setahun.
mahligai impian
3. Tidak melibatkan bakal pasangan dalam matlamat jangka masa panjang
Pengurusan wang yang kukuh melibatkan dua perkara penting. Pertama, membuat perancangan awal dan kedua, membuat pilihan. Jika anda merancang sebuah pakej berbulan madu, beritahu bakal pasangan tentang isu bajet yang melibatkan kos tiket penerbangan, hiburan dan penginapan. Andainya terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada bakal pasangan bagaimana duit itu bertambah.

4. Terlepas peluang untuk memberi bakal pasangan motivasi tentang tabiat menabung
Jika ada peluang, tunjukkan kepada bakal pasangan bagaimana sesuatu pelan kewangan berfungsi dan mengapa sumbangan atau tabungan wang yang sedikit adalah penting dalam jangka masa panjang. Contohnya menabung untuk majlis perkahwinan idaman anda berdua.
5. Tidak menerangkan bagaimana kad kredit berfungsi
Seorang pelajar Universiti, Ahmad Nazran pernah menganggarkan, purata hutang yang ditanggung oleh seseorang pelajar universiti ialah sekitar RM5,000. Jumlah tersebut berkemungkinan besar berganda apabila mereka tamat pengajian di menara gading. Dari situlah bermulanya satu masalah sebenar.
Jika anda gagal memahami atau menguruskan hutang kad kredit seawal usia 18 tahun, anda lebih cenderung berdepan dengan masalah besar di kemudian hari. Benarkan diri sendiri berlatih menggunakan kad pra-bayar atau kad debit terlebih dahulu. Kad-kad seperti itu menawarkan kemudahan bagi menetapkan had tunai mingguan yang terhad. Anda dan bakal pasangan juga boleh mendapatkan status penggunaan wang itu menerusi e-mel dan menentukan sama ada perlu atau tidak perbincangan lanjutan untuk mendidik bakal pasangan agar mereka lebih berhemah ketika berbelanja.
Oleh itu, Mahligai Impian berharap bakal-bakal pengantin dapat mengamalkan 5 tip kewangan ini secara serius supaya kewangan anda stabil untuk jangka masa panjang.

Tip 7 * Panduan Perkahwinan – Rungsing Memikirkan Majlis Perkahwinan Anda Tak Lama Lagi? PERANCANGAN!!

Salam Mahligai Impian Buat Semua,

Runsing memikirkan Majlis Perkahwinan anda??

Nak Kahwin, Ingat Senang Ke??  Banyak Yang Perlu Kita Uruskan!!  Dijamin Lebih 80% Pening Ketika Menguruskan Majlis Perkahwinan Mereka!!

Catering Kahwin
Masalah Utama Adalah Kos & Masa
Kos dan masa untuk sesebuah majlis perkahwinan yang semakin tinggi bukanlah sesuatu yang harus dipandang ringan dan dibuat sambil lewa kerana ianya juga memberi impak kepada semua pihak yang terlibat.
Apa tidaknya, sudah pastinya ibu bapa anda akan turut memberi sumbangan tidak kira dalam bentuk wang ringgit, masa dan tenaga mereka demi kebahagiaan anak mereka.  Begitu juga dengan adik beradik dan teman rapat anda yang sanggup mengorbankan waktu santai dan cuti mereka untuk membantu anda merealisasikan majlis perkahwinan anda.
mahligai impian
Bijak Merancang Adalah Penyelesaiannya,
Tidak  di nafikan merancang sebuah majlis perkahwinan yang meriah adalah sesuatu yang mencabar jika tiada kerjasama dan perancangan yang teliti.  Ianya lebih mencabar jika ianya merupakan majlis perkahwinan pertama yang bakal diadakan dalam keluarga anda.
Dahlah anda baru pertama kali melaluinya, mak ayah pun agak keliru memandangkan pengalaman mereka berkahwin dahulu tidak sama dengan trend dan citarasa masa kini.
Dari itu perancangan yang teliti haruslah dibuat dari awal agar mereka yang terlibat berpuas hati dengan usaha dan tindakan bijak yang di ambil. Bersambung…
 Perancangan Anda Bermula di Sini http://www.mahligaiimpiann9.com/
Be Sociable, Share!
Be Sociable, Share!

Tip 6 * Panduan Perkahwinan – Perkahwinan Adalah Ibadah

Salam Mahligai Impian,
Perkahwinan adalah perkara yang dituntut. Dalam satu hadith Rasulullah, “Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).
Komunikasi Hebat & Efektif adalah penting untuk menguasai situasi dan menangani konflik serta jurang yang wujud antara dua pihak. Dalam perkahwinan orang muda selalu mencari hiburan. Jika kita lihat pada hari ini rumah tangga dibina bermula dengan persembahan kugiran kadangkala bagaikan mini konsert atau pertandingan karaoke padahal perkahwinan itu ibadah. Untuk merealisasikan lagi ibadah ini, ia pastilah mengikuti sunnah Rasulullah jika tidak ia lebih hampir kepada bidaah.
Masalah ramai yang sukar untuk berkahwin muda adalah mencari modal untuk sesebuah pernikahan. Jika suatu masa dahulu bernikah adalah mudah, hanya perlukan mahar dan sedikit hantaran untuk kenduri catering kahwin. Walaupun ada yang mahal tetapi itu untuk kelas atasan atau sembolik penolakan keluarga perrempuan.
Catering Kahwin
Kini timbul budaya baru dengan mengambil pinjaman daripada pihak bank yang banyak menawarkan pinjaman peribadi. Inilah yang perlu diubah dalam minda masyarakat dan sekiranya ia tidak berubah maka sampai bila pun pasangan pengantin muda akan menghadapi masalah dalam awal usia perkahwinan mereka. Tekanan dan desakan hidup yang tinggi akan menyebabkan mereka tertekan dengan hutang perkahwinan contohnya pihak Mahligai Impian dan sebagainya.
Sekiranya masyarakat memahami dan memberi sokongan maka mudahkanlah urusan pernikahan. Tidak ada kerugian sekiranya kita memudahkan dan meringkaskan majlis perkahwinan kerana kenangan yang manis itu akan jadi pahit jika kesudahannya menyesakkan. Kenduri dan persiapannya yang menjadi kebangaan kita sebagai masyarakat sepakat suatu masa dahulu perlu di kembalikan dalam majlis perkahwinan.
Catering Kahwin
Benar banyak syarikat Mahligai Impian menawarkan perkhidmatan mereka pada harga yang rendah tetapi kesepakatan dijanjikan oleh kenduri gotong royong adalah lebih menguntungkan. Masyarakat yang bergotong royong ini memberi sokongan moral secara luar sedar pada pasangan yang disatukan. Ini keberkatan yang semakin hilang. Secara telusnya, Mahligai Impian merasakan perkahwinan adalah satu ibadah jika dilaksanakan mengikut syariat Islam, Amin.

Tip 5 * Panduan Perkahwinan – Perlukah ‘Check List’ Untuk Majlis Perkahwinan Anda??

Catering Kahwin
Salam Mahligai Impian,
Tip ini tidak sesuai di ikuti kalau anda adalah Komputer. Di mana semuanya boleh dibuat secara automatik. Sebagai manusia biasa, kerapkali kita terlupa dengan apa yang nak kita lakukan walaupun baru sepuluh minit kita fikirkan. Kadangkala lain yang dirancang lain pula di buat.
Mahligai Impian ingin bertanya, Adakah anda rasakan cukup hanya main ingat-ingat apa yang perlu dilakukan untuk majlis perkahwinan anda??  Pentingnya majlis anda ini kerana ianya melibatkan banyak pihak terutamanya tetamu-tetamu jemputan anda dan keluarga.


Selain itu, perancangan dan perincian majlis perkahwinan anda berdua harus dibincangkan secara teliti supaya segalanya berjalan lancar di hari majlis nanti. Di sini kepentingan Check List amat-amat penting kerana dapat membantu perancangan majlis perkahwinan dengan menulis satu-persatu secara detail apa yang patut di lakukan. Contohnya melibatkan pakej Mahligai Impian, pelamin, andaman dan Kad Kahwin.  Lagi akan menyusul….

Tip 4 * Panduan Perkahwinan – Bajet Lari? Camana Nak Kahwin Ni…

Tolong! Catering Kahwin, Bajet Lari!,
Bulan Syawal, Hari Raya datang setahun sekali saja dan sering kali waktu inilah pelbagai perbelanjaan tidak diduga perlu dikeluarkan ataupun sudah dikeluarkan.
Mungkin tewas dengan segala jualan murah, pakaian dan perkakasan rumah ataupun perbelanjaan lebih untuk makanan dan minuman ketika berbuka puasa di luar. Tidak lupa juga kos ekstra yang perlu untuk balik kampung dan memberi duit raya kepada anak buah.
Mungkin selepas raya, terasa sakit sedikit akibat bajet lari. Simpanan untuk Mahligai Impian terpaksa digunakan. Jadi apa perlu dilakukan? 2 perkara yang anda boleh lakukan untuk memperkemaskan kembali bajet, terutamanya bajet untuk katering kawin anda selepas musim perayaan.
mahligai impian
1. Mulakan satu kalendar perbelanjaan dan baki  perbelanjaan anda
Apa yang dimaksudkan bukan kalendar poket kecil atau kalendar di telefon pintar dan telefon bimbit anda, tetapi kalendar besar sedikit untuk membolehkan anda menulis dan mencatatkan segala perbelanjaan.
Di internet juga anda boleh muat turun kalendar sebegini yang mempunyai ruang mencukupi untuk catatan perbelanjaan anda setiap hari.
Ia amat penting untuk anda mula menjejak perbelanjaan harian serta menulis lebih awal perbelanjaan harian seperti yang anda keluarkan seperti bayaran bil, rumah, kereta, simpanan tetap, simpanan Catering Kahwin dan seumpamanya untuk bulan akan datang. Apabila menulis setiap transaksi yang akan datang pada kalendar, anda akan nampak dengan lebih jelas bagaimana anda boleh mengawal kewangan anda untuk menampung perbelanjaan yang sudah lari bajet pada musim perayaan.
2.  Mula Kurangkan Perbelanjaan Harian
Ubah rutin anda sekiranya rutin anda memerlukan perbelanjaan yang boleh dielakkan. Daripada keluar menonton wayang bersama tersayang yang memakan kos pengangkutan, makan minum serta bayaran panggung, luangkan masa di rumah sahaja di mana anda boleh menjimatkan berpuluh hingga beratus ringgit sekali keluar.
Sekiranya anda mempunyai keahlian kelab, gimnasium atau apa saja yang boleh dihentikan, maka hentikan buat sementara. Lagipun, sekiranya hendak bersenam, di rumah pun boleh bukan? Kesan perbelanjaan rutin anda yang boleh dikurangkan dan kurangkan untuk sementara waktu sehingga kedudukan kewangan kembali stabil.
mahligai impian
Mudah-Mudahan dengan 2 tip Mahligai Impian mudah ini dapat menstabilkan bajet anda kembali untuk bulan yang akan datang kepada mereka yang memerlukan. Nasihat akhir Mahligai Impian Jangan Seperti ‘Pisang Berbuah Dua Kali’. Terima Kasih.
Sila ke Link ini :  www.facebook.com/MahligaiImpianN9

Petua Cari Duit Catering Kahwin

photo (5)
Salam Mahligai Impian Untuk Bakal Pengantin,
Sememangnya perbelanjaan untuk mengadakan majlis perkahwinan semakin lama semakin meningkat.
Ramai orang bujang yang mengeluh apabila melihat semua perbelanjaan yang diperlukan untuk berkahwin. Daripada mas kahwin, Mahligai Impian, sehinggalah ke wang hantaran yang tinggi, di campur pula dengan perbelanjaan kenduri besar termasuk Mahligai Impian sehingga kepada bayaran tempahan kad kahwin yang lebih kecil, kira punya kira, kebiasaannya boleh mencecah RM15,000 hingga RM20,000.
Siapa yang tidak mengeluh, hendak menyimpan RM1,500 pun masih belum tentu. Itu belum kira wang yang diperlukan ketika berumahtangga yang pastinya meningkat
Jika sebelum ini hanya perlu mengisi perut seorang, apabila sudah berkahwin perlu mengisi sekurang-kurangnya dua perut pula. Tulisan saya kali ini mengandungi 3 konsep kewangan yang amat penting yang saya akan kongsi dalam bentuk nasihat untuk mengumpulkan duit kahwin khas untuk si bujang. Ramai yang mula bekerja pada usia awal 20-an selepas menamatkan pengajian. Ramai juga yang mensasarkan untuk mendirikan rumah tangga sebelum mencecah umur 30 tahun.


Ertinya, ada kira-kira tujuh hingga lapan tahun bekerja dan mengumpul wang untuk mencapai sasaran terbabit. Katakan si bujang mempunyai tujuh tahun untuk mengumpul RM 15,000. Dalam tempoh tujuh tahun ada 84 bulan. Ini bererti, untuk mencapai sasaran untuk ke pelamin, perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM178.60 setiap bulan selama tujuh tahun. Barulah selesai masalah pertama iaitu lesen pertama untuk berjumpa mentua untuk masuk meminang. Kita lihat pula apa yang boleh dilakukan oleh si bujang dalam jangka masa tujuh tahun terbabit.  Bersambung…….

Tip 3 * Panduan Perkahwinan – Pantau Perbelanjaan Kewangan Anda (Siri 1)

photo (3)
Salam Mahligai Impian Untuk Anda,
Sekiranya pada setiap bulan anda mendapati bahawa anda telah berbelanja melebihi daripada yang sepatutnya, atau anda tidak dapat menyimpan sepertimana yang diharapkan, umpamanya untuk Mahligai Impian anda, mungkin ini adalah masa untuk memantau perbelanjaan anda.
Mengawal perbelanjaan merupakan asas untuk kejayaan kewangan. Jika anda tahu dengan jelas bagaimana untuk menbelanjakan wang anda, maka anda mungkin dapat mencapai matlamat jangka pendek anda iaitu membayar segala perbelanjaan asas. Matlamat jangka panjang pula, simpanan untuk majlis perkahwinan anda yang melibatkan Mahligai Impian harus di utamakan. Bersambung….

Tip 2 * Panduan Perkahwinan – Catering Kahwin Tanpa Pening

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGENDALIKAN KENDURI PERKAHWINAN TANPA MEMENINGKAN!! 

mahligai impian
            Di dalam era yang serba modern ini, mudah untuk kita terlupa tentang perkara-perkara penting dalam hidup kita. Dengan tuntutan harian yang memenatkan, tidak mustahil jika kita sendiri tiada masa untuk merancang hari perkahwinan diri sendiri.
Walau bagaimanpun, kami mendapati ramai pasangan bakal pengantin yang kurang tahu di mana untuk mencari katerer yang berpengalaman dalam bidang pengurusan majlis perkahwinan, di samping menawarkan harga yang berpatutan. Jadi setelah membuat tinjauan keatas pelanggan-pelanggan kami sendiri, kami dapati mereka telah memilih Mahligai Impian kerana mereka :
1.   Selesa bergantung kepada satu pihak yang boleh memenuhi kesemua keperluan untuk majlis perkahwinan mereka, dari awal hingga akhir majlis.
2.   Menghargai pramusaji-pramusaji terlatih kami yang profesional sepanjang majlis berlangsung yang memberikan gambaran imej positif terhadap tuan rumah.
3.   Terutamanya tuan rumah amat berpuas hati dengan kualiti dan rasa makanan kami yang disediakan dengan resepi-resepi tradisional mahupun modern.
4.   Berpendapat bahawa pakej-pakej perkahwinan kami amat berpatutan sesuai dengan perkhidmatan yang disediakan.
5.   Berasa yakin berurusan dengan caterer yang berpengalaman beberapa tahun dalam menguruskan majlis perkahwinan.
Kami di Mahligai Impian faham segala kesulitan anda dalam mencari pihak yang boleh dipercayai untuk menguruskan hari istimewa anda, Oleh itu, ramai bakal pengantin yang datang kepada kami untuk mengendalikan hari perkahwinan mereka dengan mudah,
Kami menawarkan peluang kepada anda untuk menikmati pakej-pakej kami yang menarik, disamping dapat menikmati hadiah dan promosi yang kami tawarkan dengan harga serendah RM9.80 seorang sahaja.
Anda Ingin Maklumat lanjut layari  http://www.mahligaiimpiann9.com  @ klik sini ‘Hubungi Kami’ 

Tip 1 * Panduan Perkahwinan – Harga Pakej?


photo
Salam bakal-bakal Pengantin,
Untuk permulaan Tip Mahligai Impian,
Pastikan Harga pakej menepati bajet anda. Dapatkan maklumat secara detail. Senaraikan Caterer yang menepati pakej serta menu-menu yang anda inginkan.
Pastikan juga anda faham pakej Mahligai Impian yang disediakan itu merangkumi jumlah tetamu, jenis nasi & lauk pauk, hidangan pengantin, meja VIP & sebagainya.
photo (10)